Doc dah bagi green light, apalagi. Kakiku melangkah laju ke bilik operation tu. Pada awalnya, aku pandang je dr jauh. Doc tu tegur, dekatla sikit. Hehe.. Seriau aku dibuatnya. Bunyi macam mesin gerudi aje. Bila dah dekat, doc cakap nak ambil gambar pun boleh. Masuk dalam fb katanya. Sporting betul doc ni. Aku yg lurus ni pun, terus ambil gambar. Dari semua sudut bilik tu aku capture. Bukan setakat gambar, video pun aku ambil juga. Layan ajela. Padahal dalam hati ni Tuhan aje yg tahu. Rasa nak pitam. Gunting, playar, tukul. Semua ada. Fuh.
Suamiku baring dgn tenang aje kt kerusi tu. Agaknye ubat bius tadi masih kuat terasa. Alhamdulillah, tiada jeritan yg keluar dr mulut suamiku. Pengsan pun tidak. Macho betul. Hehe.. Selang 15 minit, doc berhenti rehat. Penat katanya. Suamiku pun penat. Ternganga aje kerjanya. Memang patut la diorg penat. Gaya doc nye lembut dan sopan aje. Tapi, bila dah jalankan tugas, ganas yg amat. Doc tu sendiri yg cakap. Doc gigi kena ganas-ganas sikit. Sambil tersenyum. Aku sgt bersyukur, dalam keadaan sedemikian, suamiku masih lagi mampu buat lawak dan tersenyum. Tersangatlah cool. Dalam hatiku hanya mampu berkata, aku rasa aku takkan buat operation gigi ni walau apa pun yg tjadi. Ngeri betul situasi yg aku lihat.
Pembedahan gigi geraham suamiku mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bagiku, tersangatlah lama. Selesai sahaja operasi itu, aku menghembus nafas lega. Apatah lagi suamiku. Mesti lega yg amat. Kenapa tidak. Sudah berminggu menahan sakit, akhirnya segala kesakitan yg ditanggung suamiku terungkai selepas operasi itu. Alhamdulillah, walaupun kosnya agak mahal, demi suamiku, wang ringgit takkan jadi penghalang. Wang boleh dicari. Suamiku, hanya kau yg satu. Aku sayang kamu.
Gambar kenangan semasa operasi.
Wajah suamiku selepas beberapa jam dibedah. Sedih kan. Huhu.
Alhamdulillah, genap seminggu, suamiku sembuh dari sakitnya. Syukur padaMu Ya Allah. Mudah-mudahan dengan izin dan perkenanMu, permudahkanlah rezeki anak kepada kami. Amin Ya Rabbal Alamin. Doakan kami ya.
muka sedih betul :) kesiannya adik akak ni....
ReplyDeletealhamdulilah..smoga sht2 selalu..amin.
ReplyDeleteamin..terima kasih..
ReplyDelete