Pages

Saturday, April 6, 2013

Syukur. Alhamdulillah.

Salam.

Dah berbulan2 rasanye xmenconteng kat blog ni. Maklumla, weekdays keje.keje.keje. Weekend pulak dipenuhi dgn aktiviti2. Harini la baru sempat nak relax2, surf2 tenet & bukak blog yg dah lama xconteng ni. Tu pun sbb my hubby kluar seharian jd photographer org kawen.

25 weeks 1 day. 104 days to go!

Semalam genap 25 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. Aminnnnnnnnnnnn. Sama2 doakan kami selamat ye. Insya Allah, baby dijangka lahir pd 19 Julai 2013.

Buat masa ni, kami buat check up kt Putra Medical Centre (PMC), Sg. Buloh dgn Dr. Zarul. Last check up baby kami masih berada dlm keadaan songsang dan uri masih lagi kt bawah. Doakan baby kami pusing2 dok dlm keadaan normal bile dah makin besar dan uri naik ke atas ye. Moga dipermudahkan olehNya.

Jom ikuti perkembangan baby kami :)



8 weeks - 17/12/2012


12 weeks. 15/1/2013


18 weeks. 13/2/2013


21 weeks. 15/3/2013


24 weeks. 3/4/2013

Sekian. Jumpe lagi. Bye.

Thursday, August 2, 2012

Disaat suamiku dibedah.

Tepat jam 11 pg, kami tiba di Klinik Pergigian Haniza kt Damansara Damai. Sebenarnya kami sudah terlewat lebih kurang stgh jam. Appointment yg dibuat sebetulnye kol10.30. Dgn langkah yg tenang, suamiku meluru masuk ke bilik operation. Aku tggu kt luar je. Intai-intai disebalik daun pintu. Mcm-mcm bunyi yg aku dgr dr luar ni. Seram pulak. Utk elak dr prasaan seram-seram sejuk tu, aku layan tv je kt luar. Doc dan nurse usha je aku dr dalam. Tak lama lepas tu, doc panggil aku masuk. Tengok-tengok katanya.


Doc dah bagi green light, apalagi. Kakiku melangkah laju ke bilik operation tu. Pada awalnya, aku pandang je dr jauh. Doc tu tegur, dekatla sikit. Hehe.. Seriau aku dibuatnya. Bunyi macam mesin gerudi aje. Bila dah dekat, doc cakap nak ambil gambar pun boleh. Masuk dalam fb katanya. Sporting betul doc ni. Aku yg lurus ni pun, terus ambil gambar. Dari semua sudut bilik tu aku capture. Bukan setakat gambar, video pun aku ambil juga. Layan ajela. Padahal dalam hati ni Tuhan aje yg tahu. Rasa nak pitam. Gunting, playar, tukul. Semua ada. Fuh.


Suamiku baring dgn tenang aje kt kerusi tu. Agaknye ubat bius tadi masih kuat terasa. Alhamdulillah, tiada jeritan yg keluar dr mulut suamiku. Pengsan pun tidak. Macho betul. Hehe.. Selang 15 minit, doc berhenti rehat. Penat katanya. Suamiku pun penat. Ternganga aje kerjanya. Memang patut la diorg penat. Gaya doc nye lembut dan sopan aje. Tapi, bila dah jalankan tugas, ganas yg amat. Doc tu sendiri yg cakap. Doc gigi kena ganas-ganas sikit. Sambil tersenyum. Aku sgt bersyukur, dalam keadaan sedemikian, suamiku masih lagi mampu buat lawak dan tersenyum. Tersangatlah cool. Dalam hatiku hanya mampu berkata, aku rasa aku takkan buat operation gigi ni walau apa pun yg tjadi. Ngeri betul situasi yg aku lihat.


Pembedahan gigi geraham suamiku mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bagiku, tersangatlah lama. Selesai sahaja operasi itu, aku menghembus nafas lega. Apatah lagi suamiku. Mesti lega yg amat. Kenapa tidak. Sudah berminggu menahan sakit, akhirnya segala kesakitan yg ditanggung suamiku terungkai selepas operasi itu. Alhamdulillah, walaupun kosnya agak mahal, demi suamiku, wang ringgit takkan jadi penghalang. Wang boleh dicari. Suamiku, hanya kau yg satu. Aku sayang kamu.


Gambar kenangan semasa operasi.









Apabila kaki melangkah keluar dari klinik, bermulalah episod 'bubur, aku suka padamu'. Hehe.. Selama seminggu jugalah aku tumpang beban kesakitan suamiku. Sedih sungguh apabila melihat suamiku sukar untuk menjamah makanan. Walaupun bubur yg dihidang. Selama seminggu itulah, bubur mnjadi makanan utama aku dan suamiku di rumah. Demi kamu, apa sahaja aku sanggup lakukan.


Wajah suamiku selepas beberapa jam dibedah. Sedih kan. Huhu.





Alhamdulillah, genap seminggu, suamiku sembuh dari sakitnya. Syukur padaMu Ya Allah. Mudah-mudahan dengan izin dan perkenanMu, permudahkanlah rezeki anak kepada kami. Amin Ya Rabbal Alamin. Doakan kami ya.

Friday, June 22, 2012

Amin

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

Tuesday, March 27, 2012

4th vacation: Morib Beach!

m.o.r.i.b.. 21/1/2012~

b4 kawen dlu pnh la smpi pntai ni skali..incik husband yg bwk jln2 cni..tp time tu,pntai ni xcntik cam skang ni..dlu kosong..org pn xrmai..tp skang ni...nk cri parking pn susah..morib dah byk prubahan...sgt cntik tmptnye..nmpk la cket cam tpt pelancongan..

kiranye ni kali ke2 aku smpi cni..tp bkn utk jln2 ye...utk j.a.r.i.n.g.....

fyi..1st time dlm idup ni aku g mnjaring kt pntai..seronok jgk..xsgka lak cmtu rupa2nye org mnjaring kt pntai..yg pling best..bile da dpt hasilnye..hihi..byk btol ketam n ikan sangkut kt jaring...best wooo!


yg pnting ktorg siap berkhemah lg kt cni.. ;)

jom layan gmba2 kami dan hasil tangkapan...






yeay..sy suka ketam!

jom pasang khemah dulu..

ketam bakar mmg best!

our next vacation ----------------> SARAWAK! wait ya..

p/s: syg..jom g jaring lg..sronok sgt!